Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ada Apa Dengan Cinta 2 mula goda peminat
Diterbitkan:  Oct 21, 2015 7:39 PM
Dikemaskini: 11:46 AM

Mungkin tidak banyak kisah cinta yang begitu diintai peminat filem Melayu seperti kisah dialami Rangga dan Cinta.

Bakal muncul tidak lama lagi, Ada Apa Dengan Cinta 2 ( AADC 2 ) dikhabarkan bakal menemui peminat dengan kisah lebih romantik berbanding filem pertama.

Menyedari keterujaan ramai, pelakon dan kru produksi AADC juga nampaknya tidak jemu 'menggoda' peminat, seperti dilakukan salah seorang pelakon utamanya, Dian Sastrowardoyo.

Petang ini dia sekali lagi memuat naik gambar tenaga kerja belakang tabir dan pelakon AADC 2 yang dipercayai mengadakan majlis sederhana sebelum memulakan penggambaran filem berkenaan.

Sebelum ini Dian memuat naik gambarnya bersama pelakon yang membawa watak Karmen, Adinia Wirasti.

Melalui gambar berkenaan Dian dan Adinia menunjukkan wajah mereka untuk memacing peminat.

Selain Dian dan Adinia, AADC 2 akan menampilkan hero asal, Nicholas Saputra.

Filem ini sekali lagi akan diarahkan oleh sutradara terkenal Riri Reza.

Bagaimanapun seorang lagi pelakon asal AADC , Ladya Cheryl memilih untuk menarik diri kerana mahu menumpukan perhatian kepada pengajian lanjutannya.

AADC 2 diterbitkan oleh Mira Lesmana.

Selametan #AADC2 Bismillah...🙏🏼🙏🏼🙏🏼

A photo posted by Dian Sastrowardoyo (@therealdisastr) on

Hello everybody.... This is #GenkCinta2015 #AADC2 #genkcintaforever stay tune to @milesfilms for updates... #behindthescene #rehearsal #practicemakesperfect #wefie

A photo posted by Dian Sastrowardoyo (@therealdisastr) on

Ia menyambung kisah percintaan antara Rangga (Nicolas) dan Cinta (Dian), manakala pasangan suami isteri Melly Goeslaw serta Anto Hoed dikhabarkan menjadi tenaga utama menghasilkan lagu tema filem berkenaan.

“Saya tersenyum selepas hanya membaca halaman pertama skrip filem ini.

" AADC 2 begitu menyenangkan dan romantis lebih daripada AADC ," kata Anto Hoed.

Kata Melly walaupun AADC 2 adalah sambungan filem pertama seseorang masih boleh memahami perjalanan cerita walaupun tanpa menonton AADC .

Watak Rangga pula akan kekal dipamerkan sebagai lelaki penyendiri, puitis, pemikir dan mencintai karya sastera.

Penerbit Miles Films dilaporkan 'membocorkan' sedikit imej Rangga dalam AADC 2 nanti.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS