Kini memasuki angka "lima", Shahrukh Khan berikrar kepada peminatnya di seluruh dunia - dia akan tetap bersemangat dan menghiburkan.

Ketika meraikan sokongan peminatnya di Mumbai semalam, bintang filem My Name Is Khan itu berkata, dia mahu kekal sebagai tokoh yang meriangkan di mata peminat.

"Pada hari lahir ini, saya berjanji untuk sentiasa bersemangat dan menghiburkan peminat. Saya mahu kekal lucu kepada anda," katanya yang memang terkenal dengan sifat periang dan suka bergurau.

Shahrukh lahir di New Delhi, India pada 2 November 1965 dan lima tahun pertama hidupnya dihabiskan dengan tinggal bersama datuk sebelah ibunya, Ifthikar Ahmed, seorang ketua jurutera pelabuhan.

Pada tubuh Shahrukh juga mengalir darah etnik Pashtun melalui datuk sebelah bapa.

Bapa Shahrukh, Meer Taj Mohammed Khan pula bukan sembarang orang. Dia adalah aktivis kemerdekaan di Peshawar, Pakistan.

Kecam pelampau

Sehingga kini keluarga Shahrukh masih ada yang menetap di Qissa Khawani Bazaar, Peshawar.

Shahrukh mula muncul di televisyen melalui siri Dil Dariya yang mula dirakam pada 1988 tetapi hanya ditayangkan kira-kira setahun kemudian.

Dalam siri itu dia membawa watak utama, Abhimanyu Rai, seorang kadet tentera.

Di negara ini nama Shahrukh begitu melonjak selepas membintangi Kuch Kuch Hota Hai, diikuti Mohabbatein dan banyak lagi.

Bhai teaching me the moves for Sultan on my birthday. pic.twitter.com/om1v2753u9

— Shah Rukh Khan (@iamsrk) November 2, 2015

Ditanya mengapa begitu ramai wanita jatuh hati kepadanya, Shahrukh berkata, satu-satunya faktor mengapa keadaan begitu berlaku adalah kerana pendiriannya menghormati golongan berkenaan.

"Saya sentiasa menghargai setiap wanita yang saya temui," katanya.

Sementara itu Shahrukh juga menyertai aktivis kemanusiaan mengecam sentimen melampau di India.

Mengakui sikap toleransi semakin berkembang, Shahrukh berkata,

"Tidak bertolak ansur adalah sikap yang bebal dan ia adalah masalah terbesar kita. Tiada toleransi agama, tidak menjadi sekular di negara ini - ia adalah jenayah terbesar yang boleh anda lakukan sebagai rakyat.

"Orang ramai bercakap tanpa berfikir," katanya.

Shah Rukh Khan comes face to face with his fans on his 50th birthday #HappyBirthdayKingKhan #ShahrukhKhan #Fan pic.twitter.com/70d6wOFLGv

— Bollywood Jammer (@manav22) November 2, 2015