Melalui gerakan dan kempen kumpulan sami Ma Ba Tha, kerajaan menguatkuasakan perintah mengharamkan wanita Buddha berkahwin dengan lelaki berlainan agama.

Kerajaan juga mengenakan kawalan ketat terhadap amalan poligami serta hubungan sulit, manakala wanita pula tidak boleh hamil lagi kecuali selepas tiga tahun bersalin.

Alasan kumpulan pendesak dan pelampau itu ialah: orang Islam di Myanmar menjadi ancaman dan sedang cuba mengambil alih pemerintahan negara.

"Ma Ba Tha itu adalah kumpulan skinhead Nazi Buddha," kata Darko C si pemain gitar merangkap penyanyi kumpulan Side Effect.

Bagi Darko, apa yang dilakukan kumpulan pelampau itu "memalukan negara" mereka sendiri.

Gerakan Ma Ba Tha muncul ketika ketegangan hubungan antara penganut Buddha dan etnik Rohingya yang beragama Islam memuncak d barat Myanmar pada 2012.

Sejak itu idea dan sokongan kepada pertubuhan berkenaan berkembang dalam kadar yang membimbangkan. Pejabat cawangan Ma Ba Tha muncul di seluruh negara dan golongan profesional - termasuk peguam dan 'tukang kipas' - memberi sokongan.

Tegur pun salah

Pemimpin Ma Ba Tha, Wirathu, segera dikenali di seluruh dunia kerana kenyataannya menyamakan Muslim dengan "anjing gila" yang cepat berkembang.

Lebih memburukkan keadaan, kebanyakan ahli politik dan "aktivis kemanusiaan" mengambil jalan selamat mengelak daripada berseteru dengan Ma Ba Tha. Antara lain kerana mereka bimbang dimusuhi majoriti penduduk Myanmar.

Awal bulan ini seorang pemimpin parti Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi (NLD) dihukum penjara dua setengah tahun dengan kerja berat atas kesalahan "menghina agama".

Tuduhan itu dibuat hanya kerana dia berucap mengutuk pelampau Buddha menyalahgunakan agama.

Dia juga disingkirkan daripada NLD.

"Kalau bercakap apa saja tentang Buddha, semua sensitif," kata Darko.

Kenyataan dibuat Darko itu memang bukan keterlaluan. Dia sendiri pernah mengalami apa yang dimaksudkannya itu.

Suatu ketika dulu, cerita Darko, dia berkata sesuatu yang tidak disenangi oleh Ma Ba Tha. Kesannya dia dipandang serong, termasuk daripada kalangan rakan sendiri.

Dia mencipta lagu pertama mengenai nasionalisme Buddha sejurus selepas keganasan antara kaut tercetus di bandar Meiktila pada 2013.

Idea itu tercetus selepas Darko melawat negeri Rakhine dan melihat sendiri kedaifan Muslim Rohingya. Di situ persepsi Darko kepada etnik Rohingya terus bertukar. [Bersambung esok]

Last Muslim enclave in Sittwe fears for future under Aung San Suu Kyi---------------------Residents of Aung Mingalar,...

Posted by Arakan News Agency - ANA English on Tuesday, November 3, 2015