Kira-kira 32 tahun selepas 'menakluk' dunia dengan Gangnam Style, Psy bakal muncul lagi dengan album terbaru pada 1 Disember ini.

Syarikat yang menguruskan artis Korea Selatan itu, YG Entertainment, baru-baru ini menguar-uarkan berita mengenail album berkenaan bersama poster memaparkan karikatur Psy.

Selepas mencipta nama di peringkat global Psy - atau nama sebenarnya Park Jae-sang - menghasilkan single Hangover pada Jun tahun lalu.

Dalam klip video itu artis hip-hop AS, Snoop Dogg, turut membuat penampilan istimewa.

Ketika namanya masih dikenang peminat antarabangsa, sesetengah pihak berpendapat Psy tidak lagi wajar memaksa diri untuk menjadi pujaan dunia seperti pernah dilakukannya melalui Gangnam Style dulu.

Malah penganalisis juga berpendapat lebih bijak untuk Psy menumpukan kerjayanya di dalam negara untuk mempersona peminat domestik.

Sementara itu sebuah pusat beli-belah di Seoul, Korea Selatan membina tugu sebagai memperingati Psy.

Bertempat di kawasan elit Gangnam, pusat beli-belah COEX itu turut membina sebuah muzium khas untuk menghargai makanan tradisi negara berkenaan, kimchi.

Sejak dimuat naik pada Julai 2012 klip Gangnam Style kekal video paling banyak ditonton sehingga kini, iaitu hampir 2.5 bilion kali.

Ia hampir dua kali ganda daripada pesaing terdekat, Taylor Swift, yang menyanyikan lagu Blank Space.

Lagu - dan tarian - Gangnam Style mempersenda daerah Gangnam di Seoul yang terkenal sebagai pusat fesyen dan hidup kelas atasan tetapi kepura-puraan di Korea Selatan.

Sebahagian daripada klip video lagu Psy dirakam dalam pusat beli-belah COEX.

Mengikut rancangan asal, COEX akan memainkan lagu Gangnam Style sepanjang masa dan kerajaan pula berharap tugu itu dapat menjadi mercu tanda di kawasan berkenaan.

Tugu itu belum didedahkan kepada umum namun orang ramai yang berminat boleh melihatnya melalui imej janaan komputer melalui Twitter.