Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Amirudin '2.6 Bintang' buat persembahan depan Dr M

Penyanyi lagu Mana Hilang 2.6 Bintang Amirudin Hizadin muncul sekali lagi hari ini membawakan ciptaan terbarunya. Kali ini anak muda itu tampil dengan karya tidak kurang 'pedasnya' - Korupsi Kuku Besi.

Walaupun mengakui ia bukan judul muktamad, lagu berkenaan dikumandangkan di depan Tun Dr Mahathir Mohamad di Simposium Perang Rasuah Malaysia 2015 di Kuala Lumpur.

Bekas perdana menteri Malaysia selama 22 tahun itu adalah tetamu kehormat dan menyampaikan ucaptama di simposium berkenaan.

Bercakap kepada Malaysiakini , Amirudin berkata, tajuk dan lirik lagu terbarunya itu "belum muktamad".

Dalam lagu itu, selain menyebut tentang korupsi, Amirudin, 23, turut menyentuh mengenai kehidupan orang kaya yang semakin bertambah kaya dengan hasil diperoleh wang haram.

Terkejar-kejar dari tempat kerja

cari rezeki untuk sisa yang ada

tetapi yang makin kaya, semakin kaya

jangan di sini, jangan juga di sana

jika tak beri duit kopi bawah meja

Tapi tak apa, harga dunia, arah kiblatnya

korupsi, sang kuku besi,

bagi makan anak bini

masuk ke poket sendiri

korupsi, sang kuku besi

bila bertemu Ilahi berita syurga kamu sendiri

Terkejar-kejar cari harta dunia

hingga terlupa Tuhan Yang Maha Kaya

rasuah sudah biasa darah dagingnya

masa dunia cita ingin dicapai

walau di jalan namun masih tak sampai

anak muda perjuangan kita belum selesai

Korupsi sang kuku besi

bagi makan anak bini

masuk ke poket sendiri

Korupsi sang kuku besi

bila bertemu Ilahi

berita syurga kamu sendiri

Sebelum ini, Amirudin pernah hadir untuk ditemubual oleh Malaysiakini sejurus selepas lagu Mana Hilang 2.6 Bintang ciptaannya menjadi viral.

Bagi Amirudin, lagu itu sebagai luahan pendapatnya kerana berasa terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meninggi.

Dalam pada itu, dia turut menyatakan pendiriannya untuk kekal tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Namun, secara tidak langsung, lagu berkenaan dikaitkan dengan skandal RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kemunculan Amirudin di simposium hari ini dilihat menjadi lebih signifikan apabila ia turut dihadiri Dr Mahathir yang kini dikenali sebagai pengkritik tegar Najib.

Menurut Amirudin lagi, disebabkan kagum dengan gaya kepimpinan Dr Mahathir, dia menggunakan ungkapan yang sering digunapakai oleh beliau dalam tiga perenggan terakhir lagu Korupsi Kuku Besi.

“Pada perenggan terakhir lagu itu saya menggunakan ungkapan Dr Mahathir, iaitu perjuangan kita belum selesai.

“Tajuk itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana secara berdepan, saya memberitahu Dr Mahathir beliau menjadi sumber inspirasi dalam prinsip dan karisma hidup ini,” katanya.

Amirudin tampil Korupsi Kuku Besi selepas 2... by kinitv

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS