Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Menantu Datuk K: Biar lebih, jangan kurang
Diterbitkan:  Nov 13, 2015 1:18 PM
Dikemaskini: 5:42 AM

Menantu Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, Tya Arifin, tidak bercadang untuk cuba menangguhkan kehamilannya selepas diijabkabulkan dengan Asyraf Khalid baru-baru ini.

Media Indonesia malah memaklumkan, Asyraf mengidamkan tiga orang anak dalam rumahtangga mereka.

Impian anak tiri Datuk Siti Nurhaliza Tarudin itu segera diaminkan Tya - atau dikenali juga sebagai Kinanti.

"Kalau mahu lebih juga boleh. Biar lebih jangan kurang," katanya.

Sementara itu Asyraf berkata, dia tidak akan menghalang keinginan Tya untuk melebarkan sayapnya sebagai penghibur di Malaysia.

"Dia suka menyanyi dan memiliki suara yang baik. Nanti di Malaysia Tya akan mencuba nasib," katanya.

Ketika ini pun, Tya, 21, dilaporkan sedang menjalani penggambaran filem yang akan ditayangkan tahun depan.

Semalam pasangan itu mengadakan majlis keraikan di sebuah hotel di Palembang dan turut dihadiri ramai selebriti Indonesia.

Bagaimanapun Siti Nurhaliza tidak hadir atas sebab tidak dapat dielakkan.

Makasih semua yang udah dateng ke resepsi palembang malem ini. Love you all!💋💋💋 #tyaasyraf

A photo posted by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS