Bintang Hollywood Natalie Portman dan pengarah filem terkemuka Steven Spielberg membatalkan acara masing-masing di Paris susulan insiden keganasan baru-baru ini.

Sebelum ini langkah sama sudah diambil beberapa lagi penghibur terkenal, termasuk U2 yang membatalkan rancangan khas HBO pada Sabtu, beberapa jam selepas serangan, lapor USA Today.

Pada Sabtu pagi, Foo Fighters juga membatalkan acara jelajah Eropah mereka, yang sepatutnya berlangsung di Paris hari ini.

Pengedar filem baru Portman, Jane Got a Gun, mengumumkan pembatalan tayangan perdana yagn sepatutnya berlangsung di Perancis hari ini.

Serangan pengganas di Paris pada Jumaat mengorbankan sekurang-kurangnya 120 nyawa.

Ia dianggap peristiwa paling berdarah di Perancis sejak Perang Dunia Kedua.