Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Sheen mengaku pembawa HIV
Diterbitkan:  Nov 18, 2015 4:24 PM
Dikemaskini: 8:28 AM

Mungkin ia bukan pilihan untuk pelakon Charlie Sheen tampil mendedahkan dirinya sebagai pengidap HIV positif, tetapi semuanya dilakukan kerana tiada pilihan lain untuknya.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan Matt Lauer dalam rancangan Today, Sheen, 50, berkata dia didapati menghidap penyakit itu sejak empat tahun lalu namun ia dirahsiakan seboleh mungkin.

Kata pelakon siri komedi Two And A Half Man itu berkata, masalah kemudian timbul apabila ada beberapa orang mengetahui rahsia berkenaan dan mula memeras ugutnya dengan wang dalam jumlah yang banyak.

“Saya harus menghentikan ancaman itu dan segala berita mengenainya," kata Sheen.

Untuk memastikan rahsia itu kekal tidak tersebar, Cheen yang dikenali sebagai pelakon bermasalah mengaku membayar sehingga AS$10 juta (RM43.8 juta) kepada pihak yang menyimpan rahsia keadaan kesihatannya.

Dibayar paling tinggi

Namun kebenaran tidak dapat disorokkan lagi. Kata Sheen, kepercayaan yang diberikan kepada orang yang sepatutnya dikhianati dan rahsia pun terbongkar.

“Apa yang mereka tidak tahu, wang itu adalah untuk anak saya.

“Saya percayakan mereka kerana mereka orang yang rapat, tetapi saya tidak sangka mereka sanggup mengkhianati kepercayaan itu,” katanya.

Sheen adalah anak bongsu aktor AS, Martin Sheen, dan menempa nama besar selepas membintangi beberapa filem seperti Platoon (1986), Wall Street (1987) dan The Three Musketeers (1993).

Dalam siri Two And A Half Men , Sheen menjadi pelakon mendapat bayaran paling tinggi, iaitu AS$1.8 juta (RM7.9 juta) bagi setiap episod.

Kata Sheen, tujuan dia tampil membuat pengakuan itu adalah supaya segala ancaman dan ugutan yang diterimanya selama ini dihentikan.

Sekali gus, katanya, dia dapat bebas dari 'penjara' itu.

Sheen sebelum ini pernah mengalami masalah penyalahgunaan dadah selain mempunyai tabiat buruk melanggan pelacur.

Lihat Komen
ADS