Abang kepada penyanyi Nicki Minaj dituduh merogol kanak-kanak berusia sekurang-kurangnya 12 tahun beberapa kali dalam kejadian yang berlaku antara April dan November.

Jelani Maraj, 37, didakwa Khamis lalu di hospital di Long Island, Amerika Syarikat atas tuduhan merogol dan melakukan serangan seksual ke atas kanak-kanak , kata pegawai mahkamah daerah Nassau.

Jelani ditahan pada Khamis lalu tetapi disebabkan mengalami gangguan kesihatan, lelaki yang baru berkahwin itu terpaksa dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Nassau, AS, lapor USA Today .

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Maraj membuat sebarang pengakuan, tetapi dia dibebaskan dengan ikat jamin AS$100,000 (RM418,926).

Sementara itu, Nicki, 33, yang memenangi dua anugerah Muzik Amerika bulan lalu untuk kategori artis paling diminati dan album rap atau hip hop tidak memberi sebarang komen.

Nicki dan abangnya itu sebelum hadir bersama dalam sebuah majlis perkahwinan keluarga Ogos lalu.

Menerusi Instagram, beliau memuat naik gambarnya memeluk Jelani bersama status yang memberitahu kasihnya itu.

“Saya sangat menyayangi abang saya,” katanya.