Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Cita Citata paling 'diburu' tahun ini
Diterbitkan:  Dec 17, 2015 11:43 AM
Dikemaskini: 3:45 AM

Google Indonesia mengumumkan Cita Citata sebagai penyanyi paling banyak dicari dalam enjin carian itu sepanjang tahun ini.

Berada di tempat pertama Cita Citata mengatasi pendatang baru Isyana Sarasvati di tempat kedua, dan mendiang Didi Petet di posisi ketiga.

Juara Asia's Next Top Model, Ayu Gani pula di tempat ketujuh.

Di tempat ke-10 pula ialah isteri kepada anak tiri Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Tya Arifin.

Cita Citata menjadi pilihan peminat sejak akhir 2014 apabila lagunya Sakitnya Tuh Di Sini digemar ramai, termasuk di Malaysia.

Selain Sakitnya Tuh Di Sini, Cita Citata juga sempat mempopularkan lagu Goyang Dumang serta Aku Mah Apa Atuh.

Selain lagu Cita Citata, 21, juga banyak mencuri perhatian kerana kehidupan peribadinya, termasuk perceraian dengan suami dan hubungannya dengan lelaki lain.

Berikut adalah senarai 10 selebriti paling kerap dicari dalam Google Indonesia:

  1. Cita Citata
  2. Isyana Sarasvati
  3. Didi Petet
  4. Natasha Wilona
  5. Steven William
  6. Ammar Zoni
  7. Ayu Gani
  8. Irish Bella
  9. Evi Masamba
  10. Tya Arifin


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS