Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
SN: Pengetahuan sastera wartawan masih rendah
Diterbitkan:  Jan 18, 2016 12:30 PM
Dikemaskini: 4:32 AM

Sebuah akhbar arus perdana ditegur selepas 'melantik' Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Awang Sariyan sebagai sasterawan negara.

Semuanya berlaku selepas akhbar itu merujuk pakar bahasa itu sebagai sasterawan negara.

"Ekspresi Puisi Dunia yang akan berlangsung selama empat hari di sekitar Kuala Lumpur dan Kuala Selangor antara lainnya akan menampilkan Sasterawan negara, Prof Datuk Dr Awang Sariyan dan Datuk Dr Zurinah Hassan,” menurut petikan berita itu.

Ia dimuat naik kembali ke Internet oleh Sasterawan Negara Datuk Dr Zurinah Hassan dengan sebuah teguran.

“Tahap pengetahuan sastera para wartawan masih rendah. Akhbar hari ini (semalam). Ahad 17 Januari,” tulis sasterawan negara terkini itu.

Tahap pengetahuan sastera para wartawan masih rendah.Akhbar hari ini. Ahad 17 Januari

Posted by Zurinah Hassan on Saturday, 16 January 2016

Teguran itu turut mengundang reaksi lain rakan-rakan Facebook Zurinah, termasuk sasterawan-sasterawan lain.

Hasyuda Abadi: Bukan semua orang tahu dan kenal siapa SN dan siapa tidak. Wajar ditegur dan ralat terhadap maklumat yang salah.

Nassury Ibrahim: Kang saya dah kata, ditanya SN maka dijawab macam-macam. Hari ini tambah lagi.

Djazlam Zainal: Menambah SN tak mengapa. Jangan mengurangi. Manalah tahu berkat menyebutnya, Datuk Awang akan jadi SB. Bersangka baik.

Bagaimanapun, terdapat juga usikan nakal yang berkata mungkin wartawan itu mahu Zurinah menggantikan tempat Awang di DBP.

Manisalamuhibahati Aminjaya Bahrum: Mungkin wartawan ini hendak Datuk SN ganti tempat Datuk Awang di DBP, mungkin?

Zurinah hanya ketawa dengan tulisan itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS