Bowie juara carta selepas mati
Seminggu selepas meninggal dunia, album terbarunya pun berada di puncak jualan di AS.
Billboard semalam melaporkan album David Bowie, Blackstar, mengatasi penjualan album Adele yang sebelum ini menguasai carta Billboard 200.
Menurut laporan,
Blackstar
terjual 181,000 unit melalui perkiraan album fizikal dan digital bagi minggu berakhir pada Khamis lalu.
Daripada jumlah itu 174,000 unit adalah jualan album secara fizikal.
Billboard juga melaporkan sembilan album lain Bowie juga kembali memasuki carta
Best of Bowie yang dikeluarkan pada 2002, menduduki tempat keempat manakala album klasiknya pada 1972, The Rise and Fall of Ziggy Stardust and the Spiders From Mars berada di tempat ke 21.
Blackstar mula dipasarkan pada 8 Januari lalu sempena tarikh kelahiran penyanyi kelahiran Brixton, England itu.
Dua hari kemudian Bowie, 69, menghembus nafas terakhirnya selepas bergelut dengan kanser selama 18 bulan.
Selain menyanyi, Bowie turut dikenang sebagai ikon fesyen.
Sebelum ini album 25 Adele mengungguli carta selama tujuh minggu berturut-turut.
Denga kemunculan Blackstar, Adele terpaksa berpuas hati di tempat kedua, manakala album Justin Bieber, Purpose di tempat ketiga.

