Pencipta, penyanyi Hotel California meninggal dunia
Pengasas dan pemain gitar kumpulan rock Eagles, Glenn Frey, meninggal dunia di New York, AS hari ini selepas mengalami tiga penyakit serentak.
“Glenn, 67, tewas selepas bertarung melawan komplikasi artritis reumatoid, kolitis ulseratif (sejenis penyakit radang usus) akut dan pneumonia,” menurut kenyataan dikeluarkan jurucakap Eagles menerusi laman web rasmi kumpulan berkenaan.
Masalah kesihatan Glenn memaksa kumpulan itu menangguhkan penyertaan mereka di majlis penghargaan Kennedy Center di Washington, AS tahun lalu.
Anggota asal Eagles - Don Henley, Randy Meisner, Bernie Leadon dan Glenn - pernah menjadi pemuzik pengiring kepada Linda Ronstad pada awal 1970-an.
Kumpulan itu mencatatkan kejayaan dengan menerbitkan lima single dan enam album, memenangi enam Anugerah Grammy dan lima daripada Anugerah American Music, kumpulan itu mengungguli senario muzik pada 1970-an.
Menurut Persatuan Industri Rakaman Amerika, dua album Eagles, Their Greatest Hits (1971 hingga 1975) dan Hotel California mendominasi antara 20 penjualan album terbaik di AS.
Henley berkata, kumpulan itu masih dalam keadaan terkejut dan seolah-olah tidak dapat menerima berita kematian itu dengan baik.
“Kami masih terkejut, tidak percaya dan begitu sedih dengan pemergian Glenn.
“Saya mungkin tidak percaya dengan takdir, tetapi pertembungan laluan hidup dengan Glenn pada 1970 benar-benar mengubah kehidupan saya selamanya.
“Malah ia turut memberi kesan ke atas jutaan kehidupan manusia di seluruh planet,” katanya.
Rakan artis turut sedih
Gabungan Frey dan Henley berjaya menghasilkan banyak lagu popular Eagles, termasuk Hotel California selain Best of My Love, Lyin' Eyes dan One of These Nights .
Frey turut menyumbang dalam lagu hit pertama kumpulan itu, Take It Easy, yang dihasilkan oleh Jackson Browne.
Sumbangan Frey adalah lirik "it's a girl, my Lord, in a flatbed Ford / slowing down to take a look at me."
Sesekali menjadi vokalis (dalam lagu Take It Easy dan Tequila Sunrise ), tugas utama Frey adalah bermain gitar dan keyboard.
Selepas kumpulan Eagles berpecah pada 1980, Frey menyambung kerjayanya sebagai penyanyi solo dan berjaya dengan pelbagai lagu popular termasuk The One You Love , Sexy Girl dan Livin' Right.
Kematian Frey turut dirasai ramai artis yang menggunakan media sosial menyatakan kesedihan mereka.
Glenn Frey. I’m shocked. A brilliant songwriter and a really good guy. Talented, funny, cynical and sweet. - Huey pic.twitter.com/fgFVlZOEnX
— Huey Lewis (@Huey_Lewis_News) January 18, 2016
In honor of the late Glenn Frey, one of my favorite Eagles songs. RIP my friend! https://t.co/BHajqBkPdL
— Travis Tritt (@Travistritt) January 18, 2016
"It may be rainin', but there's a rainbow above you." We love you, #Glenn Frey.
— Rita Wilson (@RitaWilson) January 18, 2016

