Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Arja Lee berseluar dalam main bola
Diterbitkan:  Jan 20, 2016 1:11 PM
Dikemaskini: 6:55 AM

Sebahagian besar peminat mempersoal tindakan pelakon Arja Lee memuat naik rakaman video dia bermain bola dengan hanya memakai kemeja T dan seluar dalam di Instagram.

Menerusi rakaman yang dimuat naik kira-kira 15 jam lalu, Arja mempamerkan aksinya bermain bola di kawasan yang kelihatan seperti bahagian dapur rumahnya.

Dengan memakai kemeja T berwarna merah jambu dan berseluar dalam putih, Arja membayangkan dirinya seperti pemain bola sepak terkemuka Christiano Ronaldo yang sedang membuat tendangan.

“Cristiano Ronaldo bermain bola sepak di rumah,” menurut kapsyen yang tertulis berserta rakaman video berkenaan.

Sudah tentu, rakaman sebegitu mengundang pelbagai reaksi pengguna alam maya di ruangan komen Instagram milik artis itu.

Ada yang meluahkan perasaan kurang selesa dengan menganggap video itu melanggar adab ketimuran, tidak kurang ada juga yang membela artis berkenaan.

Pengguna yang menggunakan akaun mohamadshoukraffirdaus menasihati netizen terlebih dahulu menilai diri sendiri sebelum mengeluarkan kenyataan mengutuk seseorang.

'Geli perangai hang'

“Saya bukan Melayu tipikal yang hendak jadi pejuang papan kekunci.

"Ikut suka dia nak buat apa, kalau tidak suka, unfollow tak perlu jadi keyboard warrior.

“Orang Melayu suka hentam itu ini, sedangkan diri sendiri tidak betul,” tulisnya.

Ada juga peminat yang meminta video itu segera dipadam kerana mencolok mata seperti pengguna yang menggunakan akaun zatiradzi.

“Buat la perangai tu elok sikit, geli perangai hang ni, lekaih (lekas) padam,” katanya.

Bagaimanapun, siapa gerangan sebenar yang memuat naik video berkenaan masih belum diketahui, kerana ada segelintir pihak yang memberi komen menyatakan telefon bimbit Arja hilang.

“Untuk makluman, telefon bimbit Arja hilang malam tadi dan video ini dimuat naik oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kes ini sudah dimaklumkan kepada pihak polis.

“Saya sebagai sahabat Arja tahu dia tidak akan muat naik perkara sebegini dan jangan berbuat fitnah,” kata pengguna akaun zulhilmiezainal.

Sementara itu beberapa laporan media menyatakan gambar berkenaan tersebar selepas akaun Instagram Arja digodam.

Lihat Komen
ADS