Pelakon dan pengarah Afdlin Shauki membayangkan industri hiburan di negara ini berdepan ancaman besar apabila ia banyak dipengaruhi faktor wang.

Menegaskan dia tidak bekerja dalam seni kerana wang, pengarag filem Papadom itu berkata, bidang itu menghadapi masa depan tidak menentu jika "integriti kerja" terganggu.

Dalam status dimuat naik di Facebooknya Afdlin berkata integriti penting dalam kerja sebagai penggiat seni.

"Saya bersuara (sebab) saya tak mahu tengok industri (seni) menjadi hamba kepada duit.

"Kita boleh bekerjasama dengan duit. Dengan menimbulkan situasi win win (menang menang). Dua dua pihak boleh benefit from a good working relationship (mendapat faedah daripada hubungan kerja yang baik).

"Tapi ramai yang tak kisah pasal dan tak menghormati industri kami. Saya faham pasal ianya industri hiburan. Lagho lah ... Orang tak berpelajaran pun boleh berjaya. Tapi bila terasa sunyi dan sedih... hiburan juga (yang) dicari," katanya dalam pos panjang itu.

Walaupun tidak menyatakan secara jelas isu yang diperkatakan, Afdlin dipercayai mengulas beberapa program yang kini dibayangi penajaan jenama tertentu.

Penonjolan penaja yang kadang-kadang dilihat keterlaluan turut menjejaskan minat penonton.

Sebelum ini Afdlin pernah mengulas tindakan pengeluar kosmetik Vida Beauty Sdn Bhd menaja serta menetapkan beberapa syarat ke atas pasukan bola sepak Kelantan.

"Juallah maruah kamu Malaysia... Tak payahlah belajar susah susah lagi. Cikgu di universiti, di sekolah semua buang masa saja (sebab) pada akhirnya kita semua akan dengar cakap orang yang berduit. Tak payahlah nak belajar teruk teruk sangatlah macam ni," kata Afdlin.

Melayu jahanamkan Melayu

Dia juga mencadangkan supaya sokongan kepada penggiat seni tidak harus dibuat berdasarkan bangsa, sebaliknya kesungguhan dan kejujuran pihak berkenaan.

"Korang cakap kita patut sokong melayu! Aku kata kita sokong semua orang tak kira bangsa. Apa? Kalau Melayu nak menjahanamkan Melayu kita kena sokong jugak ke?

"Industri seni ni industri kesayangan aku dan ramai lagi pengusahanya dan kita berusaha dan belajar bertahun-tahun nak buat sesuatu yg baik dan membanggakan," katanya.

Afdlin juga menafikan kenyataannya itu dibuat kerana perasan hasad dengki kerana rezeki yang diperolehinya kini mencukupi

"Kadang kadang tak guna bercakap dengan orang yang tak faham pasal mereka tak peduli tentang industri kamu," katanya.

Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-15 itu juga mendedahkan pernah membatalkan satu program besar yang dirancangnya selepas mendapat tahu syarikat penaja tersebut menyokong Zionis Israel.

Sedangkan, kata Afdlin, ketika itu syarikatnya sudah tidak mendapat sebarang projek selama enam bulan.

Throwback minggu lepas! #juaraparodi2015 pertandingan nyanyian yg mempunyai hadiah tertinggi di Malaysia. Lebih dari juara lagu, Akademi fantasia dan Gegar Vaganza. Sejarah itu kita punya, kepada semua team produksi dan juga peserta JP. Tak kiralah apa org nak kata. Kita telah terlibat dalam melakukan sesuatu perubahan baru dlm industri komedi. Tahniah kepada anda semua. Terimakasih juga kepada semua penyokong Juara parodi, kami hargai dan sayang anda. Kita akan kembali insyaaAllah dgn program yg lebih meletop dan bermanafaat akan datang. Jgn lupa utk terus menyokong Astro Warna dan Vision Works. #juaraparodi2015 #juaraparodi #visionworks

A photo posted by Afdlin Shauki (@afdlinshauki) on

"Tapi rezeki di tangan Allah SWT. Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan kami," katanya.

Mengenai kaedah pengiklanan pihak penaja Afdlin berpendapat ia boleh dilakukan dengan cara halus dan bukan melampau.

" Hardsell bermaksud menjual nama produk tak henti-henti sampai orang rasa terganggu dari tujuan asal menonton rancangan tersebut.

" Soft selling pula akan memberi impak jangka masa panjang untuk sesuatu syarikat tu pasal produk itu akan nampak lebih tinggi statusnya.

"Contohnya iklan Petronas yg sentiasa memberi impak tinggi kepada rakyat Malaysia setiap tahun sewaktu musim perayaan dan Hari Kebangsaan.

"Sekali pun (mereka) tak sebut Petronas dalam iklan tu tapi impaknya berpanjangan. Ini dipanggil psychology pemasaran.

"Aku berbangga dengan orang Melayu yang berjaya, aku bangga dengan orang Cina yang berjaya, aku bangga dengan semua rakyat Malaysia yang berjaya dan ini bukan (isunya).

"(Isunya) adalah korang penonton aku orang industri. yang aku risaukan adalah masa depan industri ini..." katanya.