Memang Nikita Mirzani tidak pernah jemu mengundang perhatian ramai.

Belum pun reda cerita dia ditangkap berbogel di depan anggota polis yang menyamar, kini dia mempamerkan tubuhnya - dengan berpakaian - melakukan latihan Muay Thai.

Kata Nikita dia memilih Muay Thai sebagai aktiviti riadah untuk mengelakkan badannya berisi lebih daripada sepatutnya.

Instagram kemudian menjadi tempat Nikita menayangkan aksi berkenaan.

"Belajah mematahkan leher lelaki," tulisnya pada salah satu klip video berkenaan.

Pos berkenaan kemudian mengundang banyak reaksi pengikutnya.

Ada antara mereka memuji perut Nikita yang kelihatan tetap menawan walaupun sudah mempunyai dua anak.

Pada gambar lain pengikutnya terus memuji kejelitaan pelakon Lihat Boleh Pegang Jangan itu.

Namun seperti biasa akan ada komen yang mengeji. Bagaimanapun secara keseluruhan komen yang terpapar adalah berbentuk memuji selebriti berusia 29 tahun itu.

Demi kesemokan Dan kebohayan body Yg aduhai😁

A photo posted by NikitaMirzaniMawardi👁 (@nikitamirzanimawardi) on