Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sheila On 7 (SO7) bakal menyajikan 'kisah klasik untuk masa depan' buat peminat mereka di Malaysia menjelang ulang tahun ke-20 band itu ditubuhkan.

Menurut Pengarah Urusan Mawlaya Networks Sdn Bhd, Rezuan Ramli pihaknya bersyukur kerana rundingan untuk membawa SO7 ke Kuala Lumpur berlangsung dengan mudah.

"Perbincangan dengan pihak pengurusan SO7 hanya mengambil masa dua hari.

"Kami tidak menyangka ia begitu mudah kerana SO7 bersetuju tanpa ada apa-apa halangan," katanya ketika ditemui di sidang media pengumuman konsert itu di ibu kota hari ini.

Konsert bertemakan Teman, Sahabat & Cintaku itu dijadual berlangsung pada 27 Mac di Dewan StarXpo, KWC Mall, Kuala Lumpur.

Kumpulan pemuzik dari Yogyajakarta Indonesia yang ditubuh pada 1996 itu dianggotai oleh Akhdiyat Duta Modjo (vokalis), Eross Chandra (gitar), Adam Muhammad Subarkah (basis) dan Brian Kresna Putro (dram).

Band yang lahir dengan nama Sheila Gank itu asalnya dianggotai oleh Duta, Eross, Adam, Anton Widi Astanto dan Saktia Ari Seno.

"Sejuta kopi" adalah gelaran diberikan kepada SO7 kerana mencatatkan rekod penjualan tiga album fizikal sebanyak satu juta berturut-turut.

SO7 popular menerusi lagu antaranya seperti Sephia, Berhenti Berharap, Itu Aku dan Seberapa Pantas .

Jelas Rezuan Ramli sebelum SO7 menghiburkan penonton konsert berkenaan akan dipanaskan dengan persembahan Noh Hujan dan band Restoe Ibu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS