Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ratusan Purnama 'roh' Ada Apa Dengan Cinta 2
Diterbitkan:  Feb 16, 2016 2:54 PM
Dikemaskini: 7:15 AM

Ini khabar gembira untuk pengagum filem Ada Apa Dengan Cinta.

Ada Apa Dengan Cinta 2 ( AADC 2 ) sudah diumumkan akan mula ditayangkan 28 April ini (di Indonesia) dan sekali lagi Melly Goeslow memberikan sentuhan untuk lagu runut bunyi filem berkenaan.

Diberi judul Ratusan Purnama lagu itu dinyanyikan Melly bersama Marthino Lio berdasarkan adegan dilihatnya dalam AADC 2 yang menceritakan perjalanan watak Cinta dan Rangga.

"Antara lain Ratusan Purnama mengisahkan betapa panjangnya penantian Cinta dan Rangga untuk bertemu selepas terpisah dalam AADC lalu," katanya.

Melly yang sudah banyak menghasilkan lagu hit berkata Ratusan Purnama boleh dianggap sebagai gambaran kegelisahan hati watak dalam AADC 2 .

Mengenai pasangan duetnya, Melly berkata dia memilih Marthino kerana suara penyanyi itu dianggapnya sebagai "luar biasa".

"Tambahan pula Lio mudah mengimprovisasi lagu ini," katanya.

Official poster #AADC2 2016...

A photo posted by Dian Sastrowardoyo (@therealdisastr) on

Sementara itu pelakon utama AADC 2 , Nicholas Saputra yang menghidupkan kembali Rangga berkata penggambaran di Jogjakarta memberi pengalaman unik padanya.

"Ia lebih tenang berbanding Jakarta. Tiada kesesakan lalu lintas untuk ke lokasi penggambaran," katanya.

Namun kedinginan udara New York juga tidak kurang memberi kenangan kepada Nicholas.

"Ketika di New York, suhu di situ -22 darjah Celsius. Sejuk itu masih terasa hingga kini," katanya.

Selain Nicholas, turut muncul dalam AADC 2 nanti ialah Dian Sastrowardoyo yang membawa watak Cinta, Titi Kamal, Adinia Wirasti, Sissy Priscillia dan Dennis Adhiswara.

Tidak ketinggalan pelakon baru seperti Ario Bayu, Christian Sugiono, Sarita Thaib dan Dimi Cindyastira.

Lihat Komen
ADS