Finalis Oscar ditawar pakej pelancongan mewah ke Israel
Semua tanda tanya mengenai calon yang menggungguli Oscar sudah diketahui. Pemenang tentu bergembira meraikan kejayaan terhebat dalam hidup mereka itu.
Bagaimana pula dengan calon yang tewas? Mungkin mereka sedih tetapi kekecewaan yang dialami tidak seperti dijangka.
Semua finalis untuk pelbagai kategori Anugerah Academy hari ini tetap muncul sebagai 'pemenang'.
The Daily Beast melaporkan setiap calon diberi cenderahati berisi pelbagai habuan bernilai AS$200,000 (RM841,670). Antaranya hak menggunakan kereta Audi selama setahun, penginapan percuma di hotel di Paris serta tisu tandas bernilai AS$900 (RM3,790).
Hadiah lain termasuk vape V3 bernilai AS$250 (RM1,050) serta program diet bernilai AS$1,400 (RM5,890).
Bagaimanapun hadiah paling 'mahal' adalah perjalanan ditaja sepenuhnya - selama 10 hari 0 ke Israel menaiki penerbangan kelas pertama.
Untuk seorang calon finalis nilai perbelanjaan yang dikeluarkan bagi tajaan perjalanan itu dikatakan sebanyak AS$55,000 (RM231,460). Ia ditanggung penaja Kementerian Pelancongan Israel.
Menurut sumber Menteri Pelancongan Israel Yeriv Lavin meluluskan peruntukan tajaan itu yang turut memberi peluang kepada finalis Oscar melawat ke seluruh negara berkenaan.
Namun setakat ini tiada pengesahan daripada mana-mana calon untuk menerima tajaan tersebut.
Calon pelakon pembantu lelaki terbaik Mark Rylance pula mengesahkan enggan menerima hadiah itu.
Rylance yang berlakon dalam filem Bridge of Spies membuat pengesahan tersebut kepada CNN semalam.
"Saya tidak akan menerima apa-apa hadiah pun," katanya.

