Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Penulis buku Najib Razak Berjiwa Besar mendakwa sepanjang tempoh 19 tahun beliau berkhidmat dengan perdana menteri hanya tiga kali Datuk Seri Najib Razak memarahinya.

Itu pun, kata Prof Datuk Seri Dr Khairil Annas Jusoh, 'kemarahan' paling serius ditunjukkan Najib hanyalah mengetap gigi tanpa meninggikan suara.

"Saya harus mengaku saya bukanlah orang yang paling layak menulis buku ini.

"Saya menganggap diri saya adalah (orang) paling tidak tahu tentang Datuk Seri Najib walaupun secara rasmi berkhidmat dengan tokoh mulia ini selama 12 tahun, dan secara tidak rasmi selama 19 tahun," ketika berucap di majlis pelancaran buku berkenaan di Kuala Lumpur hari ini.

Ketika menyampaikan ucapannya Khairil Annas sempat terhenti seketika apabila tiba-tiba beliau menjadi sebak dan menitiskan air mata sehingga terpaksa ditenangkan seketika.

Siapa dekat dia tahu

Terdahulu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hadir untuk melancarkan buku Najib Razak Berjiwa Besar yang dihasilkan sempena empat dekad anak bekas perdana menteri itu menjadi ahli politik.

Buku setebal 467 halaman itu menceritakan riwayat dan pengkisahan umum Najib yang berdepan denga pelbagai peristiwa suka dukanya.

Selain Khairil Annas, buku berkenaan turut diusahakan bersama oleh Dr Sabri Mohamad Sharif.

Kata Khairil Annas yang juga penasihat kepada perdana menteri itu, penilainnya mengenai Najib dibuat melalui pengamatan "secara dekat" selama berbelas tahun.

Katanya, Najib seorang pemimpin yang sentiasa tenang walaupun berdepan dengan dirinya "yang beremosi".

"Datuk Seri Najib adalah orang yang sangat cool dan hanya orang yang dekat dengan beliau saja tahu," kata Khairil.

Sementara itu menceritakan pengalamannya bertanya kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebelum memuktamadkan buku berkenaan, ini kata Khairil Annas: "Hari itu saya tanya Datin Seri Rosmah, apa dua perkara Datin hendak beritahu saya sebelum saya muktamadkan buku saya. Dia sebut, percayalah kepada qada dan qadar, dan rezeki dari Allah.

"Orang tak kenal kita orang boleh cakap macam-macam. Itulah dia (sikap) ketabahan seorang isteri," tambah Khairil Annas.

Lihat Komen
ADS