Bagai beri susu dibalas tuba.
Bengang dengan tindakan segelintir pengguna jalan raya yang menunjuk isyarat lucah, pelakon Raja Ilya menggesa masyarakat umum supaya lebih prihatin terhadap mangsa yang baru terbabit dalam kemalangan.
Tampil menggunakan akaun Instagram untuk mengingatkan orang ramai, Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohamad, 30, berharap situasi sama yang berlaku kepadanya tidak berulang pada orang lain.
Menerusi status dimuat naik Raja Ilya kelmarin, kereta berwarna merah dipandunya tiba-tiba terbabit dalam kemalangan kecil.
Dan disebabkan kemalangan berkenaan, kenderaan dipandunya dilihat terpaksa diletak di bahu jalan sementara menunggu trak penunda.
Keadaan itu menyebabkan pengguna lain jalan raya terpaksa memperlahankan kenderaan mereka.
Gone !!!!! đđđđđđđ
A photo posted by Raja Ilya (@rajailya) on
Dalam keadaan hujan renyai itu, Raja Ilya keluar dari kenderaan dengan berpayung untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya tidak terancam.
Bagaimanapun, tanpa disangka, usaha yang dilakukan Raja Ilya mendapat reaksi yang tidak diduga - kebanyakan mereka membunyikan hon dan menunjukkan jari tengah kepadanya.
“Saya tidak akan memuat naik status ini jika tidak penting.
“Saya benar-benar perlu merakam kejadian ini dan berkongsi dengan anda semua,” tulisnya.
Mungkin disebabkan terlalu marah, Raja Ilya berharap individu tidak berperikemanusiaan itu mendapat balasan setimpal apabila mempelekehkan mangsa yang baru terbabit dalam kemalangan jalan raya.
“Saya begitu marah terhadap individu yang membuat reaksi muka, menunjuk jari tengah dan pada masa sama membunyikan hon kenderaan.
“Saya berharap satu hari nanti kamu mendapat balasan setimpal.
“Ya itu saya, yang berdiri seperti seorang yang bodoh di tepi jalan kerana bimbang dengan keselamatan kamu agar tidak melanggar kenderaan saya atau membahayakan nyawa pemandu lain,” katanya.
Status berkenaan turut dimuat naik dengan hash tag #Accident dan #somestupiddrivers.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah punca kemalangan terbabit.
Sehubungan itu, Raja Ilya turut berpesan kepada masyarakat, seandainya melihat seseorang terbabit dalam kemalangan supaya menunjukkan simpati dan tidak bertindak kurang ajar.
“Hamba Allah yang lainnya, tolong laa... Sekiranya kamu melihat kenderaan berpusing di tengah jalan atau laluan pantas jangan jadi kurang ajar!
“Jadilah manusia, kebanyakan kenderaan hampir melanggar saya.
“Jika kamu tidak mahu menolong jangan jadi manusia yang teruk dengan menunjuk jari tengah kepada seseorang yang terdesak memerlukan pertolongan,” ujarnya.
A video posted by Raja Ilya (@rajailya) on