Pertama seumpamanya - ratu rock Ella bersama 115 pemuzik dan penyanyi bergabung melakukan flash mob bagi meraikan konsert bakal berlangsung pada 16 April depan.
Dan untuk makluman, persembahan seramai 30 pemain dram, 30 pemain gitar, 20 pemain bass dan 30 penyanyi itu turut mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book of Records.
Ia dimasukkan ke kategori bilangan pemuzik paling ramai pada sidang media.
Ia berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di Jalan Ampang, Kuala Lumpur petang tadi.
Bayangkan kalau untuk sidang media saja pihak penganjur Atlas One Event bersungguh-sungguh ‘menghidangkan’ persembahan istimewa, bagaimana pula ‘sajian’ untuk konsert Ella di Stadium Malawati Shah Alam selepas 20 tahun tidak mengadakan persembahan pentas berskala besar nanti?
Bercakap kepada Malaysiakini , Ella menggambarkan perasaannya begitu teruja dengan gimik yang dipersembahkan tadi.
“Saya menghargai pemuzik kerana mereka menjadi tulang belakang kepada seseorang penyanyi,” katanya.
Persembahan flash mob itu berlangung selama enam minit menyaksikan Ella memulakan nyanyian dengan melaungkan “ Lets Rock n Roll ” sebelum menyampaikan lagu Permata Pemotong Permata .
Peserta flash mob itu terdiri daripada pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
A video posted by Jojie Aminuddin (@jojieaminuddin) on
