Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Helo, Hunny Madu bikin lagu pop
Diterbitkan:  Mar 22, 2016 6:42 PM
Dikemaskini: 10:55 AM

Penyanyi Hunny Madu biasanya menyanyikan lagu hip-hop, tetapi single baru beliau kali ini menampilkan kelainan apabila berentak pop.

Lagu “Hello” ini ditulis beliau sendiri dengan lirik bersama penyanyi rap Aman Ra.

Beliau sekali lagi bekerjasama dengan Warner Music Malaysia selepas kejayaan dengan single “GoHard Or GoStan” dan “Gucci Dowh” sebelum ini.

Untuk muzik video “Hello” pula, Hunny Madu telah merakamkannya beberapa bulan lepas, menurut kenyataan Warner Music.

Ia menampilkan rakan-rakan artisnya seperti Sazzy Falak, Reem Shahwa, Kayda, Amelia Henderson, Amber Chia, Tiz Zaqyah, Mu’daz dan Freeze.

Hunny Madu pernah mengeluarkan album pertama bertajuk Pulau Janji pada tahun 2011 setelah melibatkan diri dalam industri muzik sejak 2004.

Selain itu, beliau juga dikenali sebagai seorang pengacara dan penyampai radio antara 2008 hingga 2013.

Lihat Komen
ADS