Ini mungkin perkhabaran gembira khusus buat peminat Pirates of the Carribean , sekali gus untuk penggemar muzik The Beatles.

Paul McCartney dikatakan bakal membuat penampilan khas menerusi filem kelima Pirates of the Carribbean: Dead Men Tell No Tales .

Menurut The Hollywood Reporter , pengarah Espen Sandberg dan Joachim Ronning sedang merancang untuk merakam babak tambahan khusus untuk McCartney.

McCartney adalah legenda rock Britain kedua yang bakal muncul dalam filem Pirates of the Carribbean .

Sebelum ini, Keith Richards pernah membuat kemunculan dalam filem ketiga dan keempat iaitu At World’s End dan On Stranger Tides sebagai Kapten Teague.

Teague adalah bapa Kapten Jack Sparrow, watak yang dilakonkan Johnny Depp.

Selain Depp, Dead Men Tell No Tales turut dibarisi oleh Geoffrey Rush (Kapten Hector Barbossa), Orlando Bloom (Will Turner) dan Javier Bardem sebagai Kapten Salazar.