Selain papan tanda mengingatkan jemaah masjid supaya mematikan - atau menyenyapkan - telefon bimbit dan meluruskan saf solat, mungkin ada peringatan tambahan untuk mereka sekarang.
Berdasarkan 'perkembangan semasa' pelakon dan pengarah filem Nam Ron 'mencadangkan' supaya papan tanda baru dinaikkan, iaitu melarang pengunjung masjid bergaduh.
Cadangan yang dilihat lebih bersifat jenaka itu dimuat naik pelakon filem itu di media sosial sebentar tadi.
Menggunakan imej dua manusia sedang berkelahi Nam Ron menulis: Dilarang Bergaduh Di Dalam Masjid.
Dengan saiz huruf lebih kecil dia menambah: "Kariah Masjid" "Sila Check (Semak) Dahulu Duit Hantaran Sebelum Akad Nikah".
Gurauan itu dipercayai ada kaitan dengan insiden di sebuah masjid di Kuala Lumpur beberapa hari lalu.
Dalam insiden yang menarik perhatian ramai itu pengantin lelaki didakwa diserang pihak pengantin perempuan apabila wang hantaran yang dipersetujui lebih awal didapati tidak mencukupi.
Nam Ron akan muncul dalam filem terbarunya Redha yang bercerita mengenai hidup kanak-kanak autisme pada April ini.
Signboard baru untuk diletakkan di masjid đ
A photo posted by Nam Ron (@_nam_ron_) on
