Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Penulis skrip kecam amalan 'jahil, korup' penerbit
Diterbitkan:  Apr 8, 2016 4:55 PM
Dikemaskini: 9:04 AM

“Tidak ada kerja percuma” penulis skrip untuk penerbit rancangan TV dan filem lagi.

Begitu ketegasan diucapkan oleh Persatuan Penulis Lakon Layar Kuala Lumpur Dan Selangor (PENULIS) terhadap amalan yang disifatkannya sebagai “jahil, korup dan cukup salah”.

Dalam kenyataan hari ini, Pengerusi PENULIS Alfie Palermo mengumumkan mereka akan mengenakan caj untuk setiap proposal filem yang diminta penerbit dengan harga permulaan RM300.

Kadar ditetapkan seperti berikut:

  • Telemovie: Tidak kurang RM300.
  • Supertele dan drama Bersiri: Tidak kurang RM500.
  • Filem: Tidak kurang dari RM1.000.

Harga proposal berasingan daripada harga skrip, jelasnya.

“Memandangkan anda, penerbit memerlukan proposal kami, dan setelah sekian lama kami ditindas, kami mengambil langkah ini untuk menjaga kebajikan kami,” katanya.

PENULIS juga memberi amaran keras melaporkan kepada agensi kerajaan berkaitan filem, membuat laporan polis serta menyenaraihitam syarikat yang melanggar syarat mereka.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS