Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Muzik jadi alat China bina imej tentera
Diterbitkan:  May 5, 2016 9:00 AM
Dikemaskini: 1:11 AM

Selepas kereta kebal, jet penggempur, peluru berpandu dan seumpamanya kini Beijing memperkenalkan senjata terbaru mereka - muzik.

Sebagai sebahagian daripada proses pembinaan imej tentera, China menghasilkan video muzik menggunakan irama pop dan tradisional.

Satu daripadanya menggunakan lagu berentak rancak gabungan rock dan rap dengan lirik menaikkan semangat kader tentera China.

Misalnya: "perang akan berlaku pada bila-bila masa, adakah anda bersedia?"

Satu lagi video mengambil jalan lebih 'lembut' apabila menggunakan irama tradisional dengan penyanyi serta penari dilihat menghiburkan tentera serta pekerja pembinaan di kawasan pulau buatan manusia di Laut China Selatan.

Antara lirik yang didendangkan ialah: "Sekumpulan lelaki sasa dengan senjata di tangan berperangdenga angin dan ombak demi mempertahankan sempadan negara."

Walaupun kedua-dua video itu mengambil pendekatan berbeza, ia tetap menjurus ke arah matlamat sama - membentuk semula imej Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) menjadi lebih moden dalam usaha mempertahankan negara.

Ia dibentuk ketika reputasi Beijing tercalar dengan pelbagai skandal rasuah dan salah guna kuasa di kalangan sebagaian pegawai awamnya.

Ia juga satu cara baru menarik minat generasi muda untuk menganggotai tentera sebelum mereka menyertai sektor swasta.

Mula dimuat naik di laman sesawang rasmi Kementerian Pertahanan China sejak hari ini, ia berlaku ketika Beijing cuba meningkatkan keupayaan dan kualiti ketenteraannya.

Selain propaganda Barat China juga berdepan dengan konflik serantau ekoran tindakan yang diambil Beijing berhubung isu Kepulauan Spratly.

Wilayah itu bukan saja dituntut China malah beberapa negara lain termasuk Malaysia.

Lihat Komen
ADS