Bukan saja bersuka ria bercanda, Bipasha Basu dengan bangga menayangkan kegembiraan bercuti dengan pasangannya kepada orang ramai di media sosial.

Memilih lokas di Maldives, Bipasha dan Karan Singh Grover menghabiskan masa beberapa hari menikmati keindahan panorama pulau berkenaan dan tidak lupa merakam gambar untuk dimuat naik di Instagram.

Sebenarnya percutian itu lebih bersifat berbulan madu.

Bipasha akhirnya berkahwin dengan Karan Singh pada 30 April lalu selepas dia berberapa kali gagal dalam percintaan.

Thank you lovely ladies @nanditamahtani and @bhavanapandey ?

A photo posted by bipashabasu (@bipashabasu) on

Antara gambar yang menarik perhatian ialah kata-kata romantis ditulis di atas batu.

Semua gambar itu diiringi dengan hashtag #MonkeyLove.

Bipasha, 37, pernah bercinta dengan Dino Morea antara 1996 hingga 2002 apabila mereka membawa haluan sendiri.

Tidak lama selepas itu Bipasha berpacaran pula dengan John Abraham namun sekali lagi terkandas pada awal 2011 apabila mereka mengesahkan tidak lagi diikat oleh hubungan sebagai kekasih.

Pada 19 Februari 2014 aktres kelahiran New Delhi itu menjalin hubungan dengan Harman Baweja tetapi hanya bertahan sehingga Disember. Sejurus kemudian dia memilih Karan Singh dan hubungan itu akhirnya diikat dengan perkahwinan.

Karan Singh, 34, adalah pelakon dan model yang banyak terlibat dalam program televisyen di India, termasuk Dill Mill Gayye dan Qubool Hai.

Perkahwinan Bipasha - Karan Singh menjadi antara topik paling banyak diperkatakan di India.