Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Priyanka 'jahat' dalam jelita
Diterbitkan:  May 17, 2016 12:00 PM
Dikemaskini: 4:22 AM

Selepas mencipta nama melalui siri di televisyen Priyanka Chopra kini bersedia 'menakluk' dunia melalui layar lebar dari Hollywood pula.

Kelmarin ejen Alex Parrish dalam siri Quantico itu menamatkat penggambaran filem Baywatch dan berkongsi maklumat itu melalui Instagram.

Dalam gambar itu Priyanka dilihat berpakaian jaket merah dengan perkataan Lifeguard tertera di belakangnya.

Pada gambar lain Priyanka mengucapkan selamat tinggal kepada Savannah - lokasi yang menjadi tempat penggambarannya sebelum ini.

Melalui filem pertamanya untuk produksi Hollywood itu Priyanka membawa watak penjahat.

Turut membintangi filem itu ialah Zac Efron, Dwayne Johnson, Alexandra Daddario dan Kelly Rohrbach. Tidak ketinggalan hero siri televisyen itu suatu ketika dulu, David Hasselhoff.

Filem Baywatch berdasarkan siri digemari ramai pada 1990-an dan menaikkan nama Hasselhoff dan Pamela Anderson.

Kali ini filem arahan Seth Gordon berkenaan memaparkan Priyanka sebagai Victoria Leeds.

Beberapa hari lalu Gordon juga menggunakan Instagram untuk bercerita sedikit tentang Baywatch. Dia 'merungut' tentang "penjahat yang cantik".

Filem itu dijadual mula ditayangkan di seluruh dunia tahun depan.

Sementara itu pelakon Bajirao Mastani itu baru-baru ini diumum sebagai "wanita paling diidamkan pada 2015 oleh Times of India.

Melalui undian media itu menyenaraikan 50 selebriti wanita India untuk diundi pembaca.

Daripada penjumlahan dibuat undi untuk Priyanka didapati tertinggi berbanding selebriti lain.

Pemerhati berpendapat popularitinya dalam siri Quantico membantu melonjakkan namanya di kalangan peminat.

Lihat Komen
ADS