Sah menjanda lagi, Jupe buat majlis kesyukuran
Disahkan kembali solo, Julia Perez tidak sedih malah menangis dan lebih daripada itu mahu mengadakan kenduri kesyukuran.
Menurut laporan media Indonesia, ketika Julia - atau lebih dikenali dengan panggilan Jupe - keluar dari mahkamah yang mengesahkan perceraiannya, dia kelihata lega.
Malah Julia tersenyum lebar sambil sesekali bernyanyi dengan suara agak tinggi.
"Ini bukan zaman kembali kepada bekas pasangan," katanya.
Julia, 35, adalah pelakon dan penyanyi yang popular bukan saja kerana bakat yang ada malah kisah hidupnya yang pelbagai.
Antaranya pergaduhan dia dan Dewi Persik ketika sesi penggambaran filem Arwah Goyang Karawang pada 2011.
Selepas dibicarakan dia dihukum penjara tiga bulan.
Menuju hidup baru .... Im ready for new love #whatdoesntkillyoumakesyoustronger
A photo posted by Juliaperez (@juliaperrezz) on
Perkahwinan pertamanya adalah dengan Damien Parguci tetapi mereka kemudian bercerai. Julia akhirnya berkahwin pula dengan pemain bola sepak dari Argentina, Gaston Castano, 30.
Hubungan itu sekali lagi bermasalah dan mereka disahkan bercerah hujung minggu lalu.
Kata Julia, dia berpendapat hakim membuat keputusan sangat adil dengan membenarkan perceraian mereka.
"Sekarang saya sudah keluar daripada semua masalah. Nanti saya akan buat majlis kesyukuran.
"Apa yang penting, saya sudah sah jadi janda. Inilah hari kemerdekaan saya!" katanya.

