Tyas dituduh munafik kerana bertudung
Aktif memuat naik gambar aktiviti harian dengan sesetengahnya berpakaian mandi, tiba-tiba Tyas Mirasih kelihatan bertudung.
Apa reaksi peminat?
Sesetengah mereka menggelar pelakon, model dan pengacaran berusia 29 tahun itu "munafik".
Kata Tyas dia mengenakan tudung itu sebenarnya untuk memenuhi keperluan skrip dalam pembikinan sebuah telemovie.
"Filem itu berjudul Lelaki Berkalung Jilbab dan akan disiarkan melalui satu saluran televisyen swasta Indonesia," katanya.
Walaupun begitu sesetengah peminat Tyas berasa tidak senang dengan pendekatan berkenaan.
"Munafiik sungguh. Pada bulan biasa (selain Ramadan) tunjuk aurat kini bulan puasa tiba-tiba berhijab," kata salah seorang daripada mereka.
Namun komen yang lebih banyak adalah kata-kata pujian terhadap kejelitaan Tyas.
"Lebih terlihat sopan di mata Allah dan di mata manusia kamu saudariku, dengan menggunakan hijabmu itu. Semoga Allah selalu memberkatimu dan membimbingmu dijalan-Nya!" tulis rahma_nurhadiyanti
Pemilik akaun tinahadena pula menulis: "Teringin benar lihat Tyas pakai hijab.. cantik."
"Tambah anggun dan cantik....," puji 3rd_triratnadewi pula.
Walaupun mungkin nama Tyas tidak sepopular sesetengah artis lain, namanya baru-baru ini dikaitkan dengan skandal pelacuran kelas atasan ekoran dakwaan seorang bekas banduan.
Bagaimanapun Tyas menafikan dakwaan itu dan mengaku tidak mengenali bapa ayam terbabit.
Mengenai cemuhan munafik itu, Tyas menjawab ringas: "Ini lagi shooting woi!"

