'Terima Kasih David Teo'
Terima Kasih David Teo.
Awak memang seorang yang hebat dan dari dulu memang pandai mencari publisiti. Murah atau tidak, publisiti adalah publisiti.
Ramai yang tengah marah kat awak sekarang ni tapi saya tidak. Ini kerana awak telah mencetuskan kembali minat orang ramai untuk berbual pasal P Ramlee.
Pada saya, kalau Tun Dr Mahathir pun orang boleh hentam sekarang, so why not P Ramlee?
Saya rasa Manusia memang ada short term memory loss (macam filem Finding Dory), kita ingat apa yang kita nak ingat dan bila ianya memberi kepentingan kepada kita.
Tak salah kita nak buat duit dalam industri hiburan, kalau ada rezeki silakan. Ramai pun dah jadi jutawan menceburi dunia hiburan ni.
Tapi apa yang awak kena ingat En David adalah jiwa orang seni adalah berbeza dengan jiwa seorang peniaga. Contoh jiwa orang berseni adalah P Ramlee dan peninggalan karya-karya beliau yang masih mewarnai, menghiburkan dan sampai sekarang boleh buat duit kerana tetap diminati orang dari generasi kini.
Mungkin bukan waris P Ramlee yang merasa habuan jualan karyanya sekarang tetapi...
Pada asasnya hasil karya seorang yang berjiwa seni ini masih boleh buat duit utk jangka masa yang lama.
Contoh jiwa seorang peniaga adalah awak. Awak memang sangat hebat dalam benda ni. Ya betul anda membuka ruang untuk ramai seniman baru untuk berkarya tetapi karya-karya ini kebanyakannya menggunakan pendekatan perniagaan yang ekstrem iaitu 'cepat dan murah'.
Dan itu telah memberi kesan hebat kepada kualiti filem-filem terbitan awak. Ini pendapat saya. Ini adalah kerana seorang peniaga akan berfikir buat murah senang ROI (pulangan pelaburan).
Artis dan crew boleh bayar pukal so you get better, cheaper deal. Tak perlu ada ilmu pengarahan atau lakonan... Semuanya boleh digilapkan on set.
Tak bermakna bodoh sekarang
Tapi kita kena ingat kerja seni bukanlah kerja kontrak buat jalan raya atau MLM (skim pemasaran pelbagai tingkatan), so tak boleh expect boleh buat business ini macam business lain. In film time is usually quality.
Mungkin pada pandangan awak apa guna jadi artis kalau tak boleh jadi jutawan. Pada saya kalau itulah kerjaya yang membahagiakan kita, kepuasan diri menjadi sebab utama dan kekayaan sebab kedua.
Ramai kengkawan yang saya kenal yang dahulunya lawyer, meninggalkan kerjaya mereka untuk menjadi pelakon teater yang pulangan ekonominya lagi jahanam daripada buat filem. Tapi mereka puas dan happy.
Dari zaman dulu sehingga sekarang ada sahaja orang nak memanipulasi orang seni pasal pada tanggapan ramai orang seni ni bodoh dan tak berpelajaran.
Oleh kerana wang bukan menjadi motivasi utama, tak bermakna kami bodoh sekarang. Shaw brothers ambil semua intellectual property rights (hak harta intelek) yang sepatutnya sama ada dikongsikan dengan karyawan atau ada peratusan yang masih berhak dituntut oleh karyawan atau warisnya.
Saya nak tanya sekarang adakah praktis ini masih berleluasa - di mana studio masih nak menuntut all rights kepada hasil karya seorang artis itu?
Jawapannya YA!!!! RTM, Grand Brilliance, Astro Shaw, media Prima, Astro semua masih mempraktikkan memegang hak harta intelek daripada karyawan.
Bagaimanapun kebelakangan ini Astro dan Media Prima ada mula berkongsi hak dengan penerbit tetapi saya tak tahu berapa meluas.
Justeru artis di hari tua tak dapat meninggalkan apa-apa pada warisnya. Jadi jawapan kenapa P Ramlee duduk di pinggir Bukit Bintang, En David, adalah (kerana) dia tidak di 'protect' oleh undang-undang negara ini.
Dia dieksploitasi oleh studio-studio besar yang mengambil semua harta inteleknya, dan ianya tak ada kena mengena dgn dia adalah artis yang tak berdisiplin, tak ada komitmen atau tak tahu menjaga periuk nasinya.
Malangnya sehingga sekarang masih belum ada rang undang-undang parlimen yang menyatakan studio atau stesyen TV tidak berhak mengambil harta intelek seorang karyawan kecuali karyawan mahu menjual harta intelek itu pada harga yang berbeza daripada harga projek tersebut.
So En David the problem is not P Ramlee, the problem is the lack of respect this country have for the rights of artistes.
Tulisan ini dipetik daripada status Facebook Afdlin Shauki

