Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan

Khalayak umum berpeluang menyaksikan Koleksi Potret Parlimen yang dipamerkan secara eksklusif di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) hingga September.

Menurut Timbalan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Mas Ermieyati Samsudin, usaha murni LPSVN mengurus selia dan membaik pulih karya penting dianggap sebagai satu usaha yang wajar dan berbaloi.

Katanya, dengan usaha sedemikian, umum dapat menatap secara dekat visual yang mewakili tokoh penting negara yang silih berganti apabila ia diabadikan menerusi catan potret.

“Hari ini dianggap bersejarah apabila sebanyak 44 Koleksi Potret Parlimen yang terdiri daripada Yang Di-pertuan Agong, Perdana Menteri, Yang Dipertua Dewan Rakyat, dan Dewan Negara dipertontonkan secara terbuka,” katanya ketika merasmikan acara berkenaan semalam di LPSVN di ibu negara.

Turut hadir adalah mantan speaker Dewan Negara ke-16, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Ketua Pengarah LPSVN Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa.

Visual tokoh itu diabadikan menerusi catan potret yang dihasilkan pelukis antaranya Ahmad Nazri Abdullah, Jaafar Taib, Johari Alia, Samjis Mat Jan dan Harun Lat.

Kesemuanya dilihat hadir semalam kecuali Ahmad Zakii Anwar.

Pada asalnya, kesemua karya digantung pada ketinggian 4.5 meter dengan jarak sejauh dua meter dari ruang legar aras satu bangunan parlimen.

Pameran itu sudah dibuka kepada orang ramai sejak April lalu di Galeri Potret, Balai Seni Visual Negara tetapi baru dirasmikan semalam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS