Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Farah Fauzana akhiri zaman bujang 17 Sept ini
Diterbitkan:  Aug 1, 2016 6:46 PM
Dikemaskini: 10:48 AM

Bekas penyampai radio Farah Fauzana mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan pada 17 September depan.

Farah, 36, hanya memperkenalkan nama lelaki yang akan dinikahi itu sebagai “Hafiz” dan orangnya masih bujang.

“Sukacita saya mengumumkan akan melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan pada 17 September tahun ini.

“Majlis akad nikah akan dilangsungkan pada jam 9 pagi diikuti dengan majlis resepsi pukul 12 tengah hari di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara,” beliau dipetik sebagai berkata.

Di sidang media berkenaan, Farah turut menyatakan tiada majlis pertunangan akan dilakukan.

Kata Farah, Hafiz yang dikenali sudah dua tahun itu berasal dari Perak tetapi menetap di Shah Alam.

Perkenalan itu akhirnya diikuti dengan majlis merisik di kediamannya pada Februari lepas.

Menurutnya, sepanjang perkenalan mereka, tiada istilah keluar berdua-duaan pernah terjadi kerana setiap kali pertemuan diadakan pasti rakan lain turut menemani.

Katanya, ia bagi mengelakkan tohmahan umum dan perkara tidak diingini.

“Kami sering keluar bersama tetapi orang mungkin tidak perasan kerana turut ada kawan yang lain.

“Saya diperkenalkan dengan Hafiz oleh seorang teman ketika menghadiri sebuah majlis dan sering berhubung sejak itu dan tidak sangka menjadi begitu serasi,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Kata Farah, hatinya terbuka untuk menerima Hafiz kerana dia begitu tertarik dengan sifat keperibadian yang ditunjukkan lelaki itu.

“Dia seorang yang pendiam, kuat pegangan agama, pemalu, pendiam dan pandai memasak.

“Pendek kata semua sifat dia bertentangan dengan saya dan ia membuatkan selesa untuk bersama dengannya,” katanya seperti dilaporkan harian itu.

Lihat Komen
ADS