Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Amir Muhammad jadi macai?
Diterbitkan:  Aug 21, 2016 3:10 PM
Dikemaskini: 7:15 AM

Penerbit dan pengarah filem Amir Muhammad menjadi mangsa terbaru penulis hantu atas talian selepas identitinya dicuri dan digunakan dalam Facebook.

Menggunakan nama Bro Alexander pemilik sebenar akaun berkenaan menggunakan gambar profil Amir untuk meluahkan komen kritikal terhadap himpunan #TangkapMO1.

Imej asal Amir dipercayai dicuri dari gambar profilnya di Twitter.

Ketika dihubungi Amir bagaimanapun tenang dengan kejadian itu.

"Apa yang paling mengecewakan saya ialah saya tidak digambarkan sebagai seseorang yang sekurang-kurangnya mampu mengeja dengan betul," katanya kepada Malaysiakini.

 

 

Bro Alexander meninggalkan komen di bawah berita bahasa Melayu Malaysiakini berjudul "Himpunan Tangkap MO1 akan diteruskan di Dataran".

Dia menulis: Nama pun perhimpunan HARAM..tapi degil jgk nak buat..apa je korang dpt dgn berdemo mcmtu?? ingat dgn berdemo boleh ke tangkap MO1 tu?? hampehhh...buang masa, buang karan..dok rumah lagi bagus.

Seorang pengguna Twitter, @farhanazahan kemudian membuat kenyataan bergurau di laman sosial itu sambil memaklumkannya kepada Amir.

Sisi lain @amirmu sebagai macai atau nama penanya Bro Alexander pic.twitter.com/LX2rFq3nPh" tulisnya.

Himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 dirancang diadakan pada 27 Ogos ini Dataran Merdeka.

MO1 - nama lain untuk Malaysia Official 1 - merujuk kepada individu dinamakan dokumen mahkamah dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS yang mahu menyita pelbagai aset bernilai AS$1 bilion didakwa diperoleh secara salah menggunakan dana 1MDB.

Tidak seperti beberapa individu lain yang dinamakan dalam dokumen DOJ itu, MO1 masih kekal misteri kerana identitinya tidak dinyatakan secara jelas.

Bulan lalu sekeping gambar wanita yang sudah meninggal dunia digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk akaun palsu di Facebook, menggunakan nama "Zuniadah Zain".

Syuhada Baharudin didakwa rakannya meninggal dunia kira-kira tiga tahun lalu namun gambarnya digunakan untuk memberi komen menggunakan hashtag #RespectMyPM dan #BelieveinPM.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS