Shah Rukh nak jadi kerdil pula?
Selepas membawa watak ketua mafia, gangster dan peminat obses, kini bintang Bollywood Shah Rukh Khan mencuba nasib sebagai orang kerdil dalam filem yang dianggarkan bernilai INR1.5 bilion (RM91 juta).
Paling mengujakan, kos peruntukan untuk filem itu dikatakan menjadi antara yang tertinggi dalam sejarah perfileman Bollywood.
Filem diterajui oleh Shah Rukh itu akan diarahkan oleh Aanand L Rai’s yang pernah popular dengan karyanya Tanu Weds Manu (2011) dan Raanjhanaa (2013).
“Ia bukan hanya kisah mengenai orang kerdil tetapi lebih daripada itu.
“Karya kali ini adalah filem yang mempunyai isi kandungan hebat selain menghiburkan dengan kisah romantik yang menarik,” katanya seperti dilapor Times of India.
Watak pelakon wanita utama pula dispekulasikan bakal menjadi milik Kangana Ranaut.
Filem yang dijangka akan ditayangkan pada perayaan Krismas tahun depan itu diramal membawa perubahan besar dalam konteks visual efek di India.
Apabila filem berkenaan dikatakan menjadi antara filem termahal di Bollywood, kos peruntukan turut dikatakan meliputi aspek kesan visual efek yang menggunakan banyak teknologi canggih setanding kualiti di Hollywood.

