Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Fara Fauzana batal nikah walau pedih
Diterbitkan:  Sep 4, 2016 8:07 PM
Dikemaskini: 12:26 PM

Rancangan bekas penyampai radio Fara Fauzana menamatkan zaman bujangnya belum menjadi kenyataan.

Dalam kenyataannya kepada media hari ini Fara berkata pembalatan itu terpaksa dibuat walaupun pedih.

Pengumuman itu dibuat hanya 13 hari sebelum dia dinikahkan dengan pasangannya.

Fara juga tidak mendedahkan alasan pembatalan itu sebaliknya berkata ia dibuat atas sebab-sebab "terlalu peribadi."

"Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan," katanya.

Fara, 36, pernah mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan.

Menurut kenyataan itu, walaupun perit, keputusan Fara membatalkan rancangan pernikahan dengan pemuda bernama Hafiz seperti diumumkan pada sidang akhbar 1 Ogos.

"Jujur saya akui, keputusan untuk membatalkan pernikahan ini merupakan satu keputusan yang sukar untuk saya ambil.

"Namun setelah memikirkan perkara ini dengan sedalam-dalamnya, juga memohon petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT serta membincangkan perkara ini bersama kedua orang tua dan keluarga terdekat, saya tekad untuk tidak meneruskan pernikahan dan percaya bahawa keputusan ini adalah yang terbaik," katanya.

Fara juga berkata dia yakin apa yang terjadi ke atasnya berlaku atas hikmah Allah dan reda dengan ketentuan-Nya.

"Sesungguhnya saya yakin bahawa apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah SWT dan tentu sekali ada hikmah yang menanti," katanya.

Menurut Fara kenyataan dikeluarkan itu juga diharap secara tidak langsung menjawab pertanyaan sesetengah wartawan yang sudah menghidu berita berkenaan.

"Ketika ini, saya harus mengakui bahawa saya sedang melalui waktu-waktu yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran.

"Justeru, saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media.

"Saya amat berharap dan percaya, rakan-rakan media amat memahami situasi saya ketika ini," katanya.

Lihat Komen
ADS