Trilogi Harry Potter akan jadi 5 filem
Rancangan untuk trilogi filem berdasarkan buku JK Rowling 'Fantastic Beasts and Where To Find Them' kini bertukar menjadi lima buah filem, kata pengarang Harry Potter semalam.
Rowling, 51, yang menulis skrip filem itu mengejutkan peminat dengan pengumuman itu semasa satu acara di London.
"Kami tahu bahawa ia akan menjadi lebih daripada satu filem - kami tahu dari awal - jadi kami menetapkan trilogi dahulu kerana kita tahu akan ada lebih daripada satu filem," kata Rowling.
"Saya kini telah melakukan rancangan ini dengan betul, jadi kami cukup yakin ia akan menjadi lima filem," katanya, lapor dpa.
Filem pertama dalam siri ini akan dikeluarkan pada 18 November tahun ini.
Berlatarkan tahun 1920-an di New York, ia memberi tumpuan kepada pengembaraan seorang ahli sihir bernama Newt Scamander, lakonan pemenang Oscar Eddie Redmayne.
Filem arahan David Yates yang telah mengarahkan empat filem Harry Potter itu turut dibintangi Katherine Waterston, Colin Farrell dan Jon Voight.
Buku-buku Harry Potter sebelum ini dijual lebih 450 juta salinan dan diterjemah dalam 73 bahasa di seluruh dunia.

