Pemimpin MCA sasar Wong isu pengurangan waktu pengajaran Mandarin di SJKC
Seorang pemimpin MCA mensasarkan kritikan terhadap Wong Kah Woh daripada DAP berhubung rancangan Kementerian Pendidikan untuk mengurangkan waktu pengajaran Bahasa Mandarin di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SJKC) menerusi kurikulum baharu tahun depan.
Dalam satu kenyataan, Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng menuduh timbalan menteri pendidikan itu gagal mempertahankan kepentingan SJKC.
“Kurikulum baru 2027 bukan digubal baru-baru ini. Persiapannya sudah dijalankan lebih setahun.
“Sebagai timbalan menteri pendidikan, mengapa Wong gagal mengenal pasti masalah ini dan mencadangkan langkah pembetulan ketika peringkat penggubalan dasar bagi melindungi kepentingan SJKC?” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Menurut laporan media, kurikulum baru yang dijadualkan berkuat kuasa tahun depan akan menyaksikan jumlah minimum waktu pengajaran Bahasa Mandarin bagi murid Tahun Satu dan Tahun Dua di SJKC dikurangkan daripada 12 kepada 10 waktu seminggu.
Dalam hantaran Facebook minggu lalu, Wong berkata pelarasan itu sebahagian daripada usaha kementerian menyusun semula jumlah minimum waktu pengajaran mingguan bagi setiap mata pelajaran, dengan pengajaran bahasa ibunda di setiap aliran sekolah diperuntukkan sekurang-kurangnya 10 waktu seminggu.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/06/b20047ead66bfcee6884b0f907b28236.jpg)
Kurikulum baru itu turut memperkenalkan modul pembentukan karakter untuk murid sekolah rendah, yang akan mengambil masa kira-kira 15 minit sehari atau 75 minit seminggu.
Wong menegaskan modul itu akan dilaksanakan menggunakan bahasa pengantar bagi setiap aliran sekolah, bermakna SJKC akan menggunakan Bahasa Mandarin manakala sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) akan menggunakan Bahasa Tamil.
Dalam kenyataannya, Tan turut mendakwa Wong cuai dalam menjalankan tugas kerana gagal menangani isu berkenaan ketika peringkat perancangan kurikulum.
“Wong kini berkata isu itu akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu. Jadi, apakah yang dilakukannya sepanjang lebih setahun lalu ketika kurikulum baharu itu sedang disediakan?
“Perkara yang sepatutnya diselesaikan secara dalaman di Kementerian Pendidikan kini memaksa masyarakat Cina berusaha bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan kepentingan mereka. Jika ini bukan kecuaian dalam menjalankan tugas, jadi apa?” katanya.
Malaysiakini telah menghubungi Wong dan Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan komen.
#akmalsalleh boleh tolong jawabkan bagi pihak DAP... kalu isu ni, biasanya beliau akan menyokong penuh... #hidupmelayu #hidupbangsamalaysia #akmaltolongsekolahkanmca
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/06/d0df84233743e74648966134aa684811.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.