Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Sama dengan pelakon lucah, Disney tukar nama filem animasi
Diterbitkan:  Nov 17, 2016 2:50 PM
Dikemaskini: 6:52 AM

Filem animasi terbaru Disney, Moana perlu mendepani pelbagai cabaran, termasuk menamakan semula judul di Itali bagi mengelak kekeliruan akibat sama nama dengan bintang filem lucah negara itu.

Untuk menyesuaikan dengan pasaran antarabangsa dan sepanjang Eropah, nama filem itu kemudian ditukar kepada Vaiana.

Nama Moana Pozzi tidak asing lagi dalam dunia filem dewasa di negara itu, malah kelibat aktres berkenaan sering dilihat pada iklan, majalah, akhbar dan rancangan komedi.

New York Times menyifatkan Pozzi sebagai pelakon lucah paling diminati ketika hayatnya.

Pozzi meninggal dunia pada usia 33 tahun selepas dilaporkan menghidap kanser hati.

Moana yang bakal menjengah pawagam tempatan bermula 1 Disember depan sebenarnya tiada kaitan langsung dengan pelakon lucah itu.

Kisah animasi berkenaan sebaliknya memaparkan pengembaraan Moana - watak dilakonkan Auli'i Cravalho - dari puak Polinesia untuk menyelamatkan penduduk kampung.

Dalam perjalanan itu, Moana bertemu Dewa Maui, karakter dipegang Dwayne Johnson.

Ini bukan pertama kali filem itu dilanda kontroversi. Terdahulu, pemimpin dan tokoh di New Zealand, Hawaii dan Samoa mengkritik hebat watak Dewa Maui yang dipaparkan sebagai seorang yang gemuk.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS