Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Ola Bola menang lagu filem terbaik di 'Oscar Cina'
Diterbitkan:  Nov 28, 2016 1:48 PM
Dikemaskini: 7:12 AM

Rezeki filem aksi sukan bola sepak Ola Bola nampaknya tidak pernah putus.

Terbaru ia dinobatkan sebagai pemenang lagu filem asal terbaik pada Anugerah Filem Golden Horse yang diibaratkan seperti Oscar dalam dunia perfileman Cina.

Lagu diberi judul “Arena Cahaya” itu dinyanyikan oleh penyanyi Zee Avi manakala lirik ditulis oleh Rendra Zawawi.

Pada awalnya, Zee berkata dia tidak menyangka akan diumumkan sebagai penerima anugerah sebaliknya dijemput ke pentas hanya untuk menyampaikan lagu berkenaan.

“Saya fikir dijemput ke sini hanya untuk menyampaikan lagu. Terima kasih (pengarah) Chiu (Keng Guan) untuk peluang sebegini,” beliau dipetik sebagai berkata.

Zee berkata demikian ketika berucap semasa menerima anugerah yang disampaikan kepadanya di Taipei, Taiwan Sabtu lalu.

Zee memulakan mukadimahnya dalam bahasa Mandarin dan kemudian menyambung ucapannya dalam bahasa Inggeris.

Memetik laporan the Star, selain Zee dan Rendra, acara itu turut dihadiri oleh Chiu dan Alvin Wee - individu bertanggungjawab merekod, menyunting, mengadun dan memproses lagu.

“Arena Cahaya” mengalahkan empat pesaing iaitu “It’s Cold Without Your Love” (Big Fish & Begonia), “Sawadika” (Detective Chinatown), “Love without Words” (Lokah Laqi!) dan “It's not a crime, It's just what we do” (Soul Mate).

Filem diinspirasikan oleh kenangan manis pemain kebangsaan itu memaparkan kejayaan Malaysia ke Sukan Olimpik pada 1980.

Ola Bola yang ditayangkan pada 28 Januari lalu berjaya mencapai kutipan box office sebanyak RM16.67 juta.

Filem berkenaan pernah dilanda kontroversi kerana didakwa mengubah fakta ekoran salah faham pihak tertentu yang menyangka ia dibuat berdasarkan kisah sebenar.

Pada September lalu, Ola Bola menggondol tiga anugerah di Festival Filem Malaysia.

Pada majlis itu juga, Ola Bola diiktiraf dengan Anugerah Khas Juri kerana pencapaian filem itu yang berjaya mempromosi perpaduan dan nilai kekeluargaan dalam sukan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS