Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Zulin Aziz nafi 'taja' Ahya Rosli
Diterbitkan:  Dec 8, 2016 3:52 PM
Dikemaskini: 7:56 AM

Pelakon dan penyampai radio Zulin Aziz menafikan dirinya menaja model Ahya Rosli dengan barangan mewah.

Zulin berkata, dia tidak pernah menaja Ahya dengan menghadiahkan pelbagai barangan mewah serta bercuti menggunakan wang miliknya seperti gosip yang tersebar.

“Itu tidak betul langsung. Hakikatnya Ahya yang keluarkan duit apabila kami keluar bersama.

“Saya pun tak naklah menyusahkan dia, hulurkan juga duit kepada Ahya tetapi selalunya dia tidak mahu terima duit saya.

“Dari mana datang cerita itu saya pun tak pasti, yang penting memang tiada apa-apa kaitan pun dengan hal saya,” kata Zulin ditemui Astro Gempak di Majlis Tayangan Perdana Filem Bopeng.

Dalam pada itu, Zulin juga turut menjelaskan hubungannya dan Ahya hanya sekadar teman biasa dan tidak lebih daripada itu.

“Saya tak bercinta dengan dia jauh sekali menjadi pasangan kekasih, kami hanya kawan rapat.

“Apa yang saya boleh komen, Ahya seorang yang baik walaupun kalau kita lihat personaliti dia yang agak nakal tetapi sebenarnya tidak seperti itu.

“Saya memang tak boleh nak tutup mulut orang mengenai apa saja tentang diri saya, apa yang saya harapkan doa yang indah-indah sahaja, agar perjalanan karier saya berjalan seperti biasa,” katanya.

Lihat Komen
ADS