Malaysiakini Seni & Hiburan

Album Yuna tersenarai 10 Album R&B Terbaik Billboard 2016

Bernama  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Album terbaharu pencipta dan penyanyi Malaysia, Yunalis Mat Zara'ai, 'Chapters' tersenarai dalam 10 Album R&B Terbaik Billboard 2016: Pilihan Pengkritik.

Penyanyi yang secara profesional dikenali sebagai Yuna dalam catatan terkini di laman Twitternya, menyatakan: "Album saya 'Chapters' adalah salah sebuah daripada 10 Album Terbaik R&B 2016: Pilihan Pengkritik...terima kasih @billboard!".

Turut tersenarai dalam carta 10 teratas itu adalah penghibur antarabangsa Beyonce, Rihanna dan John Legend.

Chapters, album kelima Yuna, juga mengandungi hasil kerjasamanya dengan beberapa artis antarabangsa seperti Usher dan DJ Premier.
Antara lagu hit daripada Chapters adalah 'Crush, Places to Go and Lanes.' -Bernama