Princess Leia Star Wars meninggal dunia
Diterbitkan: Dec 28, 2016 11:23 AM | Dikemas kini: Dec 28, 2016 11:56 AM
Aktres Hollywood Carrie Fisher, yang melakonkan watak Princess Leia dalam siri filem "Star Wars" meninggal dunia hari ini.
Bintang yang cukup dikenali dalam filem trilogi Star Wars itu dikatakan mengalami serangan jantung semasa dalam penerbangan dari London ke Los Angeles pada hari Jumaat lalu.
Fisher dilahirkan pada Oktober 1956 di Los Angeles. Namanya menjadi fenomena di seluruh dunia selepas membintangi filem trilogi Star Wars yang diterbitkan dari 1977 hingga 1983.
- Agensi
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.