Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Kartunis terkenal Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat tidak berada dalam keadaan kritikal, kata adik beliau Mamat Khalid.

Mamat Khalid yang juga pengarah filem berkata Lat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai di Ipoh kerana wad biasa sudah penuh.

Beliau berkata sebelum ini abangnya menjalani pemeriksaan di hospital tersebut selama tiga hari sebelum dibenarkan keluar semalam.

"Namun dia datang semula ke hospital hari ini apabila merasa kurang sihat.Dia bukan kritikal atau kena serangan jantung, cuma dia dimasukkan ke ICU buat sementara waktu disebabkan wad biasa telah penuh.

"Keadaan dia elok, dia pun tak ada pakai wayar, dia boleh makan, boleh ketawa dan boleh bangun. Tadi dia sempat bagi tahu untuk ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya dan tidak perlu gusar kerana ini hanya pemeriksaan biasa.

"Saya harap orang faham bahawa keadaan dia lemah dan dia perlukan rehat secukupnya," kata Mamat Khalid.

Beliau berkata Lat akan dipindahkan ke wad biasa hari ini.

Menurutnya, abangnya yang berusia 65 tahun telah lama mempunyai masalah jantung namun bukan pada tahap kritikal.

- Bernama

Lihat Komen
ADS