Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Pada kebiasaannya, paras rupa menjadi faktor utama sesetengah orang menilai cinta dan memilih pasangan, tidak mengira sama ada lelaki mahupun wanita.

Tetapi berbeza bagi penyanyi Azharina Azhar yang berpendapat paras rupa bukan keutamaan dalam mencari jodoh kerana apa yang lebih penting baginya adalah kejujuran hati.

Katanya, jika seseorang wanita lebih mengutamakan kriteria itu dalam aspek memilih calon suami, ia pasti menimbulkan kesukaran pada masa hadapan.

“Saya lebih suka menerima cinta dari lelaki yang tidak tampan.

"Buat apa memilih lelaki kacak kalau tak mendatangkan sebarang kebaikan. Ditambah pula nanti susah nak jaga kerana wanita lain mudah terpikat,” katanya ketika ditemui pada sidang pembukaan salon produk Aveda di Pavilion, Kuala Lumpur.

Namun, menurutnya, fokus utama ketika ini adalah melakar perjalanannya sebagai anak seni selepas memenangi tempat pertama program realiti TV Gegar Vaganza musim ketiga, tahun lalu.

Bahkan, penyanyi Elegi Sepi itu langsung tidak terlintas di fikiran untuk mencari teman pengganti biarpun usia perceraiannya sudah memasuki tahun kesembilan.

“Ada beberapa lelaki yang cuba mendekati tetapi saya abaikan. Memang saya belum terbuka hati untuk berkahwin lagi. Lagi pula saya baru merangkak dan terkedek-kedek nak menyanyi semula untuk mencari rezeki halal,” katanya.

Sementara itu, Azharina, 30, atau lebih mesra dipanggil Nina tidak menolak jodoh sekiranya bertemu lelaki yang bersungguh-sungguh ingin memiliki cintanya.

Bagaimanapun, Azharina meletakkan beberapa syarat untuk dipenuhi.

“Saya mementingkan ciri-ciri lelaki yang mempunyai kehidupan stabil dan kalau betul nak berkahwin, pergilah berjumpa dengan mak dan bapa.

“Lelaki itu juga perlu bertanggungjawab untuk menyayangi saya selain dapat menerima anak saya. Ini kehidupan ya jangan jadi bodoh, takkan berkahwin tetapi Nina yang perlu bela dia,” katanya.

Lihat Komen
ADS