Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan

Kehebatan Rasulullah SAW sebagai ahli perniagaan memberi kesedaran kepada penyanyi dangdut Haiza untuk mencuba bidang berkenaan yang kini menjadi sebahagian sumber pendapatannya.

Bagaimanapun, kata Haiza, dia menjana pendapatan sampingan dengan berniaga selain menyanyi bukanlah disebabkan kariernya sebagai anak seni dipandang sepi.

"Kalau nak kata mengalami masalah ekonomi besar tidaklah begitu kerana bagi saya ramai juga yang hadapi kekangan ekonomi.

"Tetapi untuk memajukan diri dan mencari pendapatan utama baiklah dengan berniaga seperti Rasulullah," katanya pada majlis pembukaan sebuah salon di pusat beli belah di Kuala Lumpur, semalam.

Bagi Haiza, sikap gemar berusaha untuk maju hakikatnya boleh mendatangkan manfaat besar.

"Justeru, wajarlah Melayu, Cina atau India juga berniaga untuk menstabilkan ekonomi sendiri," katanya.

Menurut pemilik nama penuh Rohaiza Nordin itu, perusahaan dilakukannya ketika ini adalah menjual produk kesihatan di samping meneruskan legasi restoran ibunya Larut Malam di Benut, Pontian, Johor.

Ditanya mengenai kesesuaian berniaga ketika keadaan ekonomi tidak menentu, hal itu kata Haiza sedikit pun tidak membimbangkannya.

Menurut Haiza yang juga penyampai radio Kool FM itu, formula digunakan adalah dengan mengamalkan sikap tidak berhutang.

"Saya tidak meminjam pada pihak bank kerana nanti akan berasa tertekan untuk membayarnya semula.

"Untuk ikhtiar hidup semua saya gunakan wang sendiri," katanya.

Lihat Komen
ADS