Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Richard Gere selar Trump samakan pendatang dengan pengganas
Diterbitkan:  Feb 13, 2017 11:49 AM
Dikemaskini: 4:10 AM

‘Jenayah’ terbesar Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump adalah menyamakan maksud pendatang dan pengganas, kata aktor Hollywood Richard Gere.

Bercakap ketika menghadiri Festival Filem Berlin baru-baru ini, Richard berkata Trump telah mengubah pemikiran sebahagian besar penduduk Amerika untuk membenci pendatang.

“Perkara paling dasyat pernah dilakukan Trump adalah menggabungkan dua perkataan berkenaan iaitu pendatang dan pengganas.

“Ia bermaksud perkara sama berlaku di AS sekarang. Itulah apa yang berjaya dicapai olehnya ke atas sebahagian besar populasi kita,” katanya seperti dilapor the Independant.

Pelakon Pretty Woman itu yang bergiat aktif sebagai aktivis politik berkata: "Pendatang sepatutnya melahirkan empati...seseorang yang kita ingin bantu atau berikan perlindungan."

“Tetapi sekarang kita takut kepada mereka dan ini adalah jenayah terbesar iaitu menggabungkan kedua-dua idea terhadap perkataan berkenaan,” katanya.

Januari lalu, Trump menandatangani arahan eksekutif untuk menghalang kemasukan warganegara dari tujuh negara yang majoritinya penduduk beragama Islam.

Perintah itu bagi memenuhi janji kempennya mengurangkan jumlah pendatang tanpa izin di Amerika yang dianggarkan berjumlah 11 juta orang.

Bagaimanapun, keputusan itu dibatalkan oleh mahkamah Agung Amerika Syarikat.

Sabtu lalu, Donald Trump dilapor berkata pentadbirannya tidak merancang merayu keputusan mahkamah dan mempertimbang cadangan untuk merangka perintah eksekutif baru.

Minggu lalu, pihak berkuasa republik itu dilapor menahan beratus-ratus pendatang tanpa izin dalam serbuan besar-besaran pertama selepas perlantikan Donald Trump sebagai presiden.

 

 

Lihat Komen
ADS