Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Sharnaaz kecam siapa di Twitter?
Diterbitkan:  Feb 13, 2017 2:58 PM
Dikemaskini: 7:24 AM

Dalam industri hiburan, pelakon Sharnaaz Ahmad memang dikenali sebagai seorang yang vokal dek kelantangannya dalam berkata-kata.

Terbaru, pelakon 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' itu menulis di Twitter, meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap individu tertentu, dipercayai seorang artis lelaki.

"Aku tak pernah suka kau, sebab fanatik kau dan perangai berlagak konon kau sempoi & femes (famous) sampai tak kenal siapa otai..tapak kaki menunggu jilaka (celaka).

"Apa pencapaian kau nak tulis buku? Dude tak semua atas muka bumi ni Tuhan cipta yang kau ada bakat.

"Kau A Samad Said ke? Zahiril Adzim ke? Beto ke? Berapa tinggi sastera kau? Berapa banyak award kau dan sumbangan? Harap suara kambing?," tulisnya.

Sharnaaz tidak menjelaskan siapa gerangan artis berkenaan, tetapi peminat mengaitkannya dengan pelakon popular, Fattah Amin.

Rentetan daripada siri tweet Sharnaaz itu mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang menyokong tetapi ada juga yang menyelar tindakannya terutama daripada peminat tegar Fattah.

Fattah yang popular dengan drama 'Suri Hati Mr Pilot' itu baru-baru ini melancarkan sebuah buku, '99 Kata-kata Fattah Amin'.

Fattah, 27 dilapor berkata, antara kata-kata istimewa yang dikongsi dalam buku itu adalah berkaitan lakonannya sebelum ini yang pernah dikritik sebagai 'kayu'.

Buku berharga RM58 itu, bagaimanapun menerima kecaman sebahagian netizen kerana mendakwa kualiti penulisan dihasilkannya tidak bagus.

Lihat Komen
ADS