Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Adele rangkul lima Anugerah Grammy
Diterbitkan:  Feb 14, 2017 1:10 PM
Dikemaskini: 5:21 AM

Penyanyi Adele merangkul lima anugerah pada Anugerah Grammy ke-59 yang berlangsung di Los Angeles, semalam.

Penyanyi lagu Rolling in the deep itu turut menyapu bersih tiga anugerah utama pada acara berkenaan iaitu Album Terbaik (25), Lagu Terbaik (Hello) dan Rakaman Lagu Terbaik (Hello).

Adele turut menewaskan Beyonce yang hanya memperolehi dua anugerah walaupun mendapat sembilan pencalonan melalui album Lemonade.

Bagaimanapun, ketika berucap menerima anugerah Album Terbaik, Adele yang cantik berbaju hijau pada acara itu turut memberi kata-kata pujian kepada Beyonce yang dianggap sebagai idolanya.

"Saya tidak mungkin menerima anugerah ini. Album Lemonade sangat monumental, Beyonce.

"Kami semua artis di sini sangat menghormati anda," kata Adele yang turut membuatkan Beyonce sebak.

Pada acara berprestij itu, Adele turut menyanyikan lagu keramatnya, Hello serta menyanyikan kembali lagu mendiang George Michael yang bertajuk Fastlove.

Lihat Komen
ADS